Bahasa merupakan alat yang
digunakan oleh masyarakat untuk berhubung sejak zaman dahulu lagi. Dalam
mendepani era globalisasi ini,kemampuan menguasai dan berkomunikasi dalam
pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan kepada seseorang. Lantaran itu, Sekolah
Berasrama Penuh (SBP) misalnya, memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari lima bahasa
antarabangsa iaitu, bahasa Peranchis, Jerman, Jepun, Cina dan Arab melalui
pembelajaran bahasa antarabangsa. Tanpa kemampuan dan kemahiran bertutur dalam
pelbagai bahasa, agak sukar seseorang untuk berkomunikasi khususnya dengan
individu yang berlainan bangsa. Oleh itu, banyak kepentingan akan diperoleh
oleh seseorang dengan menguasai pelbagai bahasa lain selain bahasa ibunda.
Kebaikan pertama menguasai pelbagai bahasa ialah seseorang lebih mudah untuk berhubung atau berkomunikasi
dengan orang lain. Hal ini demikian kerana seseorang akan lebih berkeyakinan
untuk bersemuka dengan sesiapa sahaja. Sebagai contoh, dengan menguasai bahasa
Inggeris, seseorang boleh memberitahu tempat-tempat menarik serta keistimewaan
yang terdapat di negara kita kepada pelancong yang datang ke negara kita. Faedah daripada itu, para pelancong berasa
lebih dihargai malah akan lebih tertarik
untuk berkunjung ke negara kita. Seseorang juga akan lebih memahami psikologi
serta penutur jati individu tertentu. Sebaliknya, tanpa menguasai pelbagai
bahasa seseorang sukar untuk menolong walaupun masih mempunyai niat untuk
membantu. Impak daripada itu, para pelancong akan berfikiran negatif dan
berkemungkinan menganggap kita tidak peramah dan bersikap sombong. Jelas
bahawa, dengan menguasai pelbagai kita mudah berkomunikasi dengan lebih berkesan
untuk bertukar fikiran serta maklumat antara satu sama lain.
Selain itu, dengan menguasai pelbagai bahasa seseorang lebih mudah untuk memperoleh ilmu
pengetahuan. Hal ini demikian kerana pelbagai ilmu pengetahuan yang
terdapat di dunia ini ditulis dalam pelbagai bahasa, khususnya bahasa Inggeris
yang menjadi bahasa utama dunia. Dengan memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan
seseorang akan lebih dihormati, dipandang tinggi serta tidak dianggap bagai
katak di bawah tempurung. Sebagai contoh, untuk meningkatkan
pengetahuan dalam bidang agama Islam seseorang wajib menguasai bahasa Arab yang
merupakan bahasa kitab suci Al-Quran. Sementara itu, bagi golongan pelajar
mereka lebih mudah untuk membuat rujukan sama ada melalui buku-buku atau Internet.
Kemahiran menguasai bahasa Inggeris misalnya, sering kali menjadi halangan
kepada pelajar Bumiputera di pusat pengajian tinggi untuk menghasilkan kajian
serta bahan ilmiah yang berkualiti. Tegasnya, memiliki kemahiran bahasa
Inggeris yang baik sama ada mendengar, bercakap, membaca atau menulis adalah
amat perlu sejajar dengan usaha kerajaan Malaysia membangunkan modal insan di
negara ini.
Seterusnya,
seseorang lebih mudah untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, baik di pusat pengajian tinggi
awam atau swasta. Tambahan lagi
kemampuan menguasai dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa menjadi semakin
penting sekiranya seseorang hendak melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hal ini demikian kerana hampir semua
pusat pengajian tinggi menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kekuatannya sebagai bahasa komunikasi
masyarakat dunia. Hal ini dikukuhkan lagi apabila seseorang ingin melanjutkan
pelajaran di negara-negara maju seperti Jepun dan Peranchis yang menggunakan
bahasa ibunda mereka sendiri sebagai bahasa pengantar utama. Tamsilnya, untuk
melanjutkan pelajaran di negeri matahari terbit, Jepun pelajar perlulah mengikuti
kurusus untuk menguasai bahasa Jepun terlebih dahulu sebagai pakej untuk
terpilih untuk mengikuti pengajian di sana. Jelas terbukti bahawa penguasaan
pelbagai bahasa memberikan kemudahan kepada setiap orang untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di samping mudah untuk memahami budaya
dan gaya hidup sesuatu masyarakat yang ditemui.
Akhir sekali, tidak dapat dinafikan bahawa dengan
menguasai pelbagai bahasa seseorang lebih
mudah untuk memperoleh peluang pekerjaan. Hal ini disebabkan seseorang
pekerja yang berkemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa dianggap mempunyai banyak
kelebihan serta keistimewaan kerana mampu bertutur dengan pelbagai pihak.
Sebagai contoh, di Malaysia seseorang yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu,
bahasa Inggeris dan Mandarin memiliki ciri-ciri pekerja yang digemari dan
disukai majikan kerana masyarakat majmuk yang terdapat di negara kita. Di
samping itu, dengan menguasai pelbagai bahasa membolehkan seseorang itu,
menceburkan diri dalam bidang penterjemahan atau jurubahasa dalam bidang
kehakiman dan juga sektor pelancongan. Bidang terjemahan dikatakan mempunyai
masa depan yang cerah kerana mempunyai permintaan yang tinggi. Begitu juga dalam bidang pelancongan yang
amat memerlukan khidmat pemandu pelancong asing yang boleh menguasai bahasa
asing. Sesungguhnya, penguasaan pelbagai bahasa dan kemahiran berkomunikasi
menjadi suatu kriteria dan pertimbangan utama majikan dalam memilih ciri pekerja
yang berkualiti.
Intihanya, langkah Kementerian
Pelajaran Malaysia memperkenalkan subjek bahasa tambahan di peringkat sekolah
perlulah dipuji bagi memperkasakan lagi modal insan yang bakal dilahirkan. Oleh
itu, semua pihak khususnya ibu bapa bukan sahaja perlu menerimanya secara
positif malahan memberikan sokongan tanpa wujud perasaan berbelah bahagi. Semua
individu khususnya golongan pelajar perlulah merebut peluang yang disediakan
oleh pihak kerajaan kerana kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa akan
memberikan nilai tambah sekali gus menyediakan masyarakat yang mampu duduk
sama rendah berdiri sama tinggi untuk bersaing di peringkat global.
Justeru, tepuk dada tanya selera, adakah kita ingin menjadi individu
yang hanya memahami bahasa ibunda atau mampu menguasai pelbagai bahasa yang
pastinya memberikan kelebihan kepada kita kelak.
saya nak mengambil fakta tentang karangan anda ini :) email saya : arfah_azizi@yahoo.com
ReplyDeletekarangan lengkap sudah dihantar... terima kasih
ReplyDeleteemail saya jj.jafaro@gmail.com
ReplyDeleteTerima Kasih :)
ashilyhenry23@yahoo.com.. Terima Kasih ~~
ReplyDeleteanda boleh copy sendiri...terima kasih ;)
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesemua karangan anda sangat membantu.. Teruskan usaha :)
ReplyDeleteSy nak fakta karangan ini..
ReplyDeleteEmail sy miztaganes5@gmail.com
terima kasih ..bnyk membantu. :)
ReplyDeleteAnda semua tak reti copy ke -.-
ReplyDeleteYeay terima kasih cikgu saya boleh copy untuk homework saya XD
ReplyDeleteTerima kasih banyak banyak
ReplyDelete