© 2013 HAK CIPTA TERPELIHARA SUBBASH EKAMBARAM. Powered by Blogger.

Monday 21 January 2013

PERANAN IBU BAPA MEMBENTUK BUDAYA ILMU DALAM DIRI ANAK-ANAK


Budaya ilmu sangat penting kepada masyarakat di negara kita. Hal ini kerana budaya ilmu dapat memberi sumbangan kepada semua pihak.  Sebagai contoh, budaya ilmu dapat menjadikan seseorang yang bijak dan dapat memajukan negara. Sekiranya budaya ilmu itu tidak diamalkan,masyarakat tidak dapat melahirkan seorang pemimpin. Oleh itu, ibu bapa perlulah mendidik anak-anak agar mengamalkan budaya ilmu.
             
Peranan yang pertama ialah ibu bapa hendaklah menjadi contoh kepada anak-anak. Hal ini kerana, anak-anak akan menjadikan ibu bapa sebagai idola. Sekiranya ibu bapa membaca buku bersama-sama anak-anak, mereka dapat meminati budaya ilmu.Oleh itu, ibu bapa haruslah menjadi idola kepada anak-anak.
             
Peranan yang kedua ialah ibu  bapa haruslah menyuruh anak-anak untuk menyertai lawatan sambil belajar.Hal ini kerana, ilmu yang diperoleh melalui pemerhatian dan pengalaman akan diingati sampai bila-bila. Selain itu, mereka akan mendapat pengalaman. Contohnya, dengan mengikuti lawatan ke universiti, mereka akan dapat pengetahuan dan menghilangkan tekanan sewaktu belajar.sekiranya mereka tidak mengikuti lawatan ini, mereka dapat ilmu dan pengalaman. Oleh itu, ibu bapa haruslah menyuruh anak-anak untuk mengikuti lawatan sambil belajar.
                       
Peranan yang ketiga ialah ibu bapa haruslah mengajar dan membantu anak-anak untuk menjawab latihan kerja sekolah dan untuk selesaikan masalah. Hal ini kerana, ibu bapa lebih mengetahui dan mempunyai banyak ilmu.selain itu, keputusan peperiksaan anak-anak dapat dibaiki. Contohnya, ibu bapa hendaklah membantu anak-anak ketika mereka membuat kerja rumah. Sekiranya ibu bapa tidak menolong, anak-anak akan terbiar dan tidak dapat   menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Oleh itu, ibu bapa haruslah mengajar dan membantu anak-anak dalam menyelesaikan masalah. 
             
Kesimpulannya, peranan ibu bapa sangat penting untuk mendidik anak-anak agar mereka suka akan budaya ilmu. Bak kata peribahasa kalau       hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.Oleh itu, ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan budaya ilmu supaya mereka cemerlang, gemilang dan terbilang.                                           

0 comments :

Post a Comment