Malaysia merupakan sebuah negara yang istimewa. Ramai pelancong memilih negara kita sebagai
destinasi pelancongan. Apakah
sebab-sebab rakyat Malaysia memilih
untuk melancong di negara sendiri? Malaysia
sebenarnya mempunyai pelbagai jenis industri pelancongan yang boleh dikomersialkan. Antaranya termasuklah destinasi pelancongan
berasaskan Kebudayaan, Industri Kraftangan, Makanan Tradisi, Tempat-tempat
Menarik, Sukan dan Agrotourism. Klasifikasi
ini penting kerana pelancong mempunyai minat yang berbeza dan memudahkan mereka
membuat pilihan untuk melancong ke tempat-tempat tersebut. Kebiasaannya, tempat
tersebut wujud kerana keunikan identiti
dan keistimewaan tersendiri. Contohnya,
destinasi pelancongan berasaskan tempat-tempat menarik seperti Pulau Pangkor,
Pulau Tioman, Pulau Redang dan Taman Negara Bako. Selain itu, destinasi
pelancongan berasaskan Sukan dapat direalisasikan melalui penganjuran Sukan
Antarabangsa seperti Formula 1 di Sepang dan Le Tour De Langkawi yang menjadi
acara tahunan di Pulau Langkawi. Jelaslah sektor pelancongan yang mempunyai identiti tersendiri dapat
menarik minat pelancong.
Antara sebabnya ialah keindahan alam sekitar yang menarik
terdapat di negara ini. Malaysia
mempunyai hutan yang menarik.
Tempat-tempat ini boleh menenangkan fikiran kita contohnya, Taman Negara
Endau, Rompin, Gua Niah di Sarawak dan lain-lain. Promosi ini keunikan dan keindahan alam semula
jadi telah diwara-warakan melalui iklan-iklan di media cetak dan media
elektronik termasuklah di laman-laman web. pameran di tempat-tempat awam seperti pasar raya, pertandingan-pertandingan dan pesta jualan. Contohnya pertandingan
memancing ‘Joran’ anjuran Berita Harian yang diadakan saban tahun secara tidak
langsung turut mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia seperti Pulau
Tioman, Tasik Kenyir dan Empangan Temenggor. Ringkasnya, Promosi destinasi pelancongan yang giat dilakukan
dalam usaha memperkenalkan destinasi menarik di Malaysia merupakan pemangkin Malaysia menjadi lokasi
tarikan utama pelancong kerana tak kenal
maka tak cinta.
Pada masa yang sama, kemajuan industri pelancongan tanah air dibantu oleh wujudnya keunikan
budaya di negara kita. Memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara yang
memiliki masyarakat majmuk maka pelbagai budaya menarik terdapat di sini.
Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan
kunjungan pelancong asing ke Malaysia. Kaum Melayu umpamanya terkenal dengan
tarian inang dan zapin manakala kaum Cina pula terkenal dengan tarian naga.
Selain itu, Malaysia juga kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat
dinikmati oleh para pelancong. Masyarakat Melayu misalnya terkenal dengan
makanan seperti sate, ketupat dan rendang manakala kaum India pula terkenal
dengan masakan kari, tosei, idali dan lain-lain. Justeru keunikan budaya
masyarakat di Malaysia telah berjaya menjadi daya tarikan kepada para pelancong
untuk berkunjung ke negara kita yang menjadi faktor serampang dua mata dalam menjana ekonomi negara. .
Malaysia juga mempunyai pantai-pantai yang menarik. Apabila melancong di pantai, pulau, dan kawasan tanah tinggi, kita dapat
menghilangkan tekanan dan mendapat hiburan.
Rakyat Malaysia yang melancong bersama-sama keluarga boleh mengeratkan
hubungan sesama ahli keluarga. Sebagai
contoh Pulau Pinang, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Port Dickson, Desaru Kota
Tinggi, Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan lokasi lain yang boleh
dijadikan destinasi pelancongan keluarga.
Sebagai contohnya,
Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk
seperti Cameron Highlands dan Genting Highlands. Di kawasan ini, para pelancong
dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik di samping melihat
pelbagai tanaman hawa sederhana iaitu sayur-sayuran serta buah-buahan tropika.
Malaysia juga mempunyai hutan semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang
berusia lebih dua juta tahun. Di kawasan hutan semula jadi ini pelancong dapat
menjalankan aktiviti riadah sambil menikmati keindahannya mahupun menjalankan
kajian tentang flora dan fauna yang terdapat di situ. Justeru, kewujudan
kawasan reakrasi seperti ini menjadi faktor dominan menarik pelancong dari dalam dan dari luar
negara.
Malaysia juga popular dengan pusat-pusat beli-belah yang terkenal. Contohnya, Mega Mall di
Kuala Lumpur, Mahkota Parade di Melaka, The Summit. Alamanda, Mid-Valley dan
lain-lain. Barangan yang dijual di negara
kita setanding dengan negara di luar
negara. Selain itu, terdapat juga
pelbagai kraftangan yang boleh dijadikan cenderamata. Pelancong sangat suka barangan kraftangan Malaysia kerana menarik
dan terdapat pelbagai tawaran harga murah oleh pelbagai pihak. Pada setiap tahun juga, diadakan promosi
harga barangan dan jualan mega. Contohnya seperti yang telah dilakukan oleh
‘First World Hotel’. Agensi tersebut telah menyediakan pakej yang murah,
serendah RM 88.00 untuk satu malam meliputi penginapan, makan malam, sarapan,
makan tengah hari dan lawatan ke taman tema. Jelasnya, melalui tawaran pakej
istimewa tersebut, sudah pasti pelbagai
golongan masyarakat dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita. Oleh itu, rakyat Malaysia tidak perlu melancong luar negara kerana Malaysia mempunyai
segala-galanya.
Tuntasnya, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya, jika usaha yang dilakukan amat kurang dan terbatas, bagaimanakah
hasrat untuk melihat sektor pelancongan di negara kita merentasi benua dan
dunia akan menjadi nyata. Segala usaha yang dirancang dan direncana memerlukan
bantuan dan kerjasama daripada semua pihak. Semoga melalui keprihatinan dan
rasa bertanggungjawab serta cinta akan negara , nama Malaysia akan menjadi
sebutan dan pilihan utama seluruh penduduk dunia sebagai destinasi merehatkan
minda.
karangan bagus tetapi kurang peribahasa..
ReplyDeleteCool
ReplyDeletethanksss!
ReplyDeletemohonn coppy! karangan mantapp!!
ReplyDeletebisa dijadiin contoh
ReplyDeletenamanya juga karangan spm,harus mantap donkg!<3 it!!!
ReplyDelete